Monday, 22 January 2018

Hidup kita adalah rencana Tuhan


Kehidupan yg dulu banyak mengajar diriKu yg sekarang kerana dengan kehidupan dahulu, telah banyak yg saya pelajari. Antaranya pencarian rezeki yg HALAL, memahami ertinya KESABARAN, KEJUJURAN, KEIKHALASAN, KEPERCAYAAN, KESETIAAN, KERJASAMA, KEPRIHATINAN dan segalanya. Sukar bagi diriKu untuk menjalani kehidupan sebegini. Tapi apakan daya, kita hanya manusia tak boleh melawan takdir yg telah ditentukan oleh Tuhan. Sesusah manapun kita jalani kehidupan seharian, pasti ada hikmah yg Tuhan telah tentukan bagi kita untuk terus menjalani hari2 kita. 
Tuhan telah mencipta kita dengan ada mahunya, cuma kita manusia tak tahu apa yg telah direncanakanNya untuk kita. Setiap kita mesti akan diuji dengan ujian yg sedar dan juga tak sedar. Cuma apa yg kita mampu Redha dengan ketentuan Ilahi. 

Biebiey

Sunday, 21 January 2018

Siapa yg tak kenal dengan namaNya CINTA.

Siapa yg tak kenal dengan cinta?? Tipu lh kalau manusia di muka bumi ini tak tahu@kenal apa itu cinta kan?? Sedangkan budak yg baru sekolah rendah pn dah tahu ertinya cinta, ni kn pulak org remaja@dewasa, mesti lebih kenal kn..  


Tapi cinta tu ada bermacam jenis, ada yg cinta kan rakan2, cinta kan haiwan, cinta kan tumbuhan dna cinta yg paling agung iaitu cinta kepada KELUARGA. Nak tahu kenapa?? Cinta terhadap keluarga pernah ke korang jumpa kat shopping mall?? Mana2 tempat pun korang tak akan jumpa cinta keluarga yg korang carikan tu.. Betul tak? Cinta keluarga hanya ada dalam bilangan yg tak besar, tetapi hanya dengan beberapa orang sahaja tau. Contoh, keluarga korang cuma ada 5 orang. Dengan 5 orang tu lah cinta dalam sebuah keluarga TERCIPTA. Cinta yang agung terserlah tanpa diminta atau dicari. Kerana Tuhan ciptakan sesebuah keluarga tu untuk mendapatkan kebahagiaan, rasa cinta. Tapi sayang, tak semua orang akan rasa bersyukur dnegan nikmat CINTA yang telah Tuhan berikan kepada setiap orang. Bagi saya, betapa syukurnya kalau saya diberikan keluarga yang lengkap, penuh dengan cinta sejati dari seorang Ayah , makn dan adik-beradik. Selama saya membesar memang itu yang saya harapkan. Saya ingin merasakan rasa kasih sayang dan cinta daripada seorang ayah yang ikhlas. tapi itu semua cuma bayangan Diriku sahaja. Kerana itu tak akan mungkin ku miliki. Cinta ayah yang ku harapkan sudah diberikan kepada orang lain. Tapi saya masih bersyukur kerana adanya Ibu, ibulah yang memberikan kasih sayang dan cinta bagi seorang ayah mahupun seorang ibu. Ibu tak pernah lupa akan kami anak2nya. Malah, ibu sentiasa berasa risau kalau kami tak cukup kasih sayang yang diberikannnya. WAlaupun keluarga saya tak lengkap dengan seorang ayah, tapi saya sangat bersyukur dengan adanya ibu dan adik-beradik yang lain. Saya SAYANG KELUARGA SAYA. CINTA YANG AGUNG ADALAH CINTA KELUARGA. Tak akan ada tandingan cinta keluarga dengan cinta2 yang lain... 

Sekian terima kasih..

'Biebiey'

Wednesday, 17 January 2018

Saya belajar untuk ubah cara kehidupan yg lebih diRedhai.

Ini adalah antara org2 yang terpenting dalam kehidupan saya. Saya sayangkan mereka sangat2. 

Sejak lahir sehingga tahun 2008, saya rasa bahagia kerana adanya daddy dalam kehidupan kami sekeluarga. Tapi kebahagiaan tu hanyalah seketika dan kebahagiaan tu sudah dimiliki oleh orang lain disebabkan oleh orang yang tak tahu ertinya kebahagiaan sesebuah keluarga. 
Keluarga saya tak mempunyai harta kekayaan di dunia, tapi kami mempunyai sebuah keluarga yang bahagia walaupun keluarga yang kecil. Tapi saya tak menyangka bahawa semua yang kita miliki tu adalah tak akan berkekalan dan ia akan hilang begitu sahaja tanpa kita sedari. 
Pada tarikh 16-06-2008,adalah tarikh yang menyatakan bahawa daddy dan mummy telah sah bercerai. Dan, dalam surat cerai tersebut, mummy dinyatakan bebas untuk melawat kami anak2nya pada bila2 masa. Jujur saya nyatakan, semasa itu perasaan sakit hati masih tak terasa, sebab masih budak2, manalah faham lagi erti sakit n kehilangan. Yang tahu, cuma main2 di padang dengan budak2 yang lain. Kesedihan mummy masa tu, saya belum boleh rasakan lagi. Tapi sekarang, bila saya dah faham ertinya Kehilangan dan Kesakitan, memang sakit apa lagi bila terpendam dalam hati. Tapi apakan daya, perkara tu dah lama berlalu, saya cuma perlu teruskan hidup saja dengan apa yang saya ada sekarang. Cuma, kesedihan tu memang tak dapat dihilangkan. 

Astaga,, cerita pasal keluarga terlupa pula kenalkan diri. Disini saya nak kenalkan keluarga saya secara umum sahaja. Tak perluklah details sangatkan. 

Nama saya BB, sekarang saya berumur masuk 23 Tahun(tapi belum genap, hihihi).
Saya anak pertama daripada 4 orang adik. Adik2 saya semua masih sekolah lagi. Maklumlah umur masih muda, bagi peluang untuk belajar dulu. Lainlah kalau saya ni, layak kahwin sudah, tapi jodoh belum sampai so sabar sajalah. Kalau ada jodoh tu, adalah kan. Tiada siapa yang boleh atur.

Adik ke2 nama dia c Dt, umur dia masuk 19 Tahun. Dia ni,susah sikit mau cakap. Dia jenis yang pendiam, tak suka bercakap tapi jenis yang tegas. Bila dia marah, 1 rumah takut. Biasalah kan lelaki.

Adik ke3, nama dia c Ay, adik saya yang ini nama dia panjang sangat. Budak ni berumur masuk 15 Tahun. Budak ni lebih nakal daripada kami yang lain. 

Dan adik sy yg bungsu, bernama Ad. Umur dia 13 Tahun sudah. Form 1 lh mcm tu. Bujangan sudah org cakap... Budak ni, pun sama nakal mcm Ay.. Budak ni, kuat merajuk jugak, yg kenal perangai dia ja yg boleh tahu mcm mana dia merajuk.. Tapi, biasa lh bh kan budak2 bilang...